- Tempat Nongkrong Para GIRILAYA mania -


You are not connected. Please login or register

Kopi Tahi Gajah Black Ivory Dari Thailand

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

Admin


Admin
Admin


Thailand – Kita biasa mendengar kopi lawak atau kopi tahi musang yang merupakan kopi termahal di dunia dan dihasilkan di Indonesia.

Namun di Thailand, sebuah hotel, Anantara telah memperkenalkan kopi Black Ivory. Berbeza dengan kopi tahi musang, Black Ivory dihasilkan daripada tahi gajah.

Black Ivory bukan kopi biasa, sebaliknya ia dijual pada harga yang mahal iaitu kira-kira $1,100 dolar bagi setiap kilogram.

Ia bersamaan dengan harga $50 dolar bagi dua cawan kopi berkenaan.

“Kajian yang dilakukan mendapati enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah itu mengandungi protein.

“Memandangkan protes memainkan peranan utama dalam menentukan rasa pahit kopi, maka kurang protein bermakna kopi yang dihasilkan akan kurang pahitnya, ’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan hotel berkenaan.

Proses menghasilkan kopi itu dilakukan di pusat penjagaan gajah milik hotel berkenaan di utara Thailand.

Sebanyak 30 ekor gajah menetap bersama dengan penjaganya.

Sebaik sahaja gajah berkenaan diberi makan biji kopi, maka biji berkenaan akan dikutip semula selepas gajah itu membuang najisnya.

Kopi yang dikutip itu akan dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi dan dinamakan Black Ivory.


Warga GIRILAYA
Learning By DOING
Girilaya Real Groups

semoga bermanfaat
no rek BCA : 0102148973
a/n WAHYU BAGUS MIJAYANTO, A.MD

no rek BRI : 314201011888535
a/n WAHYU BAGUS MIJAYANTO, A.MD
http://forum.girilaya.com
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

No Comment.

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik

 

pagerank analyzerW3 Directory - the World Wide Web Directory

© 2014 Copyright Girilaya Real Groups - All Rights Reserved | Back to Top